Dropship terms & conditions

TERMA DAN SYARAT SEBAGAI DROPSHIPPER HIJAB GALERIA

  • DS HG tidak dibenarkan untuk mempromosi atau komen atau update stok di page facebook, Instagram dan tiktok Hijab Galeria. Anda juga tidak dibenarkan pm (personal message) atau direct message, satu-satu customer yang komen di page Fb/Ig/tiktok Hijab Galeria.
  • DS HG digalakkan untuk mempromosi/mengiklankan di luar page Fb/Ig/tiktok Hijab Galeria. DS HG juga dilarang untuk memperkenalkan diri di post-post Hijab Galeria sama ada di Fb, Ig dan tiktok.
  • Untuk pendaftaran baru sebagai DS HG, anda perlu log out terlebih dahulu dari website Hijab Galeria. Seterusnya anda perlu register akaun baru dan klik pada ikon “Dropship Registration”. Ikon “Dropship Registration” boleh didapati pada bucu kiri paling atas di website Hijab Galeria.
  • Tiada harga DS untuk semua item di butik Hijab Galeria Bangi Gateway. Harga dropshipper hanya boleh didapati melalui website Hijab Galeria iaitu hijabgaleria.my sahaja. Dari website, harga DS sudah sedia tertera selepas anda log in menggunakan akaun DS anda.
  • Selepas selesai mendaftar sebagai DS HG di website, pastikan anda sudah ada atau install Apps >> Telegram dan tekan link di bawah untuk join channel eksklusif untuk semua DS HG untuk hebahan info, katalog dan tutorial sebagai DS HG.

    Info dan tutorial DS HG : https://t.me/+l8haXrtTIJ84MmRl
    Katalog produk Hijab Galeria : https://t.me/hijabgaleriaofficial
  • Pihak pengurusan HG akan menjalankan tapisan setiap 3 bulan. Mana-mana DS HG yang tidak aktif selama 3 bulan atau jumlah jualan terkumpul kurang dari RM 100 dalam masa 3 bulan, dianggap tidak aktif dan akan dikeluarkan dari team DS HG.
  • Harga jualan yang diletakkan oleh DS HG tidak boleh rendah daripada harga jualan yang diletakkan di Website Hijab Galeria.
  • Pihak pengurusan HG berhak menggugurkan mana-mana DS HG serta merta tanpa sebarang notis, sekiranya menggunakan ayat yang kurang sopen dgn pihak pengurusan HG dan juga pelanggan HG, ‘block’ whatsapp customer atau tidak boleh menguruskan pelanggan dengan baik, melakukan penipuan dalam urusan jual beli.
  • “No Urgent Order”, mohon untuk DS HG maklumkan terlebih dahulu, berkenaan masa penghantaran barang pada customer masing-masing iaitu masa penghantaran barang adalah dalam masa 2 – 7 hari bekerja. Bergantung pada kawasan dan pihak courier di tempat tersebut.



    DAFTAR SEKARANG: https://www.hijabgaleria.my/dropship-registration